Gunakan kecerdasan visual pada iPhone
Gunakan kecerdasan visual untuk mempelajari lebih lanjut tentang perkara di hadapan anda dengan cepat, sama ada dalam persekitaran fizikal anda atau pada skrin iPhone anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang persekitaran fizikal anda menggunakan kamera iPhone anda pada model yang mempunyai Kawalan Kamera, hanya klik dan tahannya untuk melakukan perkara seperti mencari butiran tentang restoran atau perniagaan; menterjemah, meringkaskan atau membaca lantang; mengenal pasti tumbuh-tumbuhan dan haiwan; mencari objek di sekeliling anda secara visual; bertanya soalang; dan banyak lagi. Pada iPhone 17e, iPhone 16e, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, anda boleh mengakses kecerdasan visual dengan menyesuaikan butang Tindakan atau Skrin Kunci, atau membuka Pusat Kawalan. Lihat Pilihan alternatif untuk menggunakan Kawalan Kamera.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan pada skrin iPhone anda merentas app anda, hanya tekan butang sama yang anda gunakan untuk mengambil gambar skrin. Anda boleh mencari secara visual, bertanya soalan dan mengambil tindakan, seperti menukar risalah atau jemputan menjadi peristiwa kalendar.

Nota: Apple Intelligence* tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.
Dapatkan maklumat tentang tempat
Anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk mendapatkan butiran tentang perniagaan di hadapan anda, seperti waktu operasi, perkhidmatan tersedia dan maklumat hubungan. Bergantung pada perniagaan, anda juga boleh melihat ulasan dan penilaian, membuat tempahan atau membuat pesanan penghantaran.
Klik dan tahan Kawalan Kamera (pada model disokong), atau gunakan pilihan alternatif.
Halakan kamera iPhone anda pada perniagaan di hadapan anda.
Klik Kawalan Kamera lagi atau ketik nama perniagaan di bahagian atas skrin, kemudian bergantung pada perniagaan, lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat waktu operasi: Ketik Jadual.
Buat pesanan untuk penghantaran: Ketik Pesanan.
Lihat menu atau perkhidmatan yang ditawarkan: Ketik Menu.
Buat tempahan: Ketik Tempah.
Hubungi perniagaan, lihat tapak webnya dan banyak lagi: Ketik
.
Ketik
atau leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.
Dapatkan maklumat tentang haiwan dan tumbuhan
Anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk mengenal pasti haiwan dan tumbuhan.
Klik dan tahan Kawalan Kamera (pada model disokong), atau gunakan pilihan alternatif.
Halakan kamera iPhone anda pada haiwan atau tumbuh-tumbuhan di hadapan anda.
Ketik hasil di bahagian atas skrin.
Ketik
untuk menutup hasil, kemudian leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.
Ketahui lebih lanjut tentang kandungan pada skrin iPhone anda
Anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda lihat pada iPhone anda. Anda boleh mencari merentas app, pergi terus ke tapak web berkaitan, menambah peristiwa ke kalendar anda dan banyak lagi.
Untuk mengakses visual bagi kandungan atas skrin, lakukan yang berikut:
Tekan dan lepaskan butang sisi dan butang naikkan kelantangan pada masa yang sama dengan cepat untuk mengambil gambar skrin.
Gunakan alat kecerdasan visual di bahagian bawah skrin untuk melakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik
untuk mencari imej yang serupa di web.Leret jari anda pada item khusus untuk menyerlahkannya dan mencari item tersebut.
Ketik
untuk bertanya soalan kepada ChatGPT tentang perkara atas skrin.Ketik Tambah ke Kalendar untuk mencipta peristiwa kalendar.
Ketik tapak web untuk pergi ke tapak web berkaitan.
Ketik Ringkaskan untuk ringkasan pendek teks.
Ketik Baca Lantang untuk memainkan audio teks.
Ketik tumbuhan dan haiwan yang dikenal pasti untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
Ketik
untuk memadamkan gambar skrin atau ketik
untuk menyimpannya.
Berinteraksi dengan teks
Anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk berinteraksi dengan teks di sekeliling anda dalam pelbagai cara. Contohnya, anda boleh membuatkan kecerdasan visual meringkaskan dan menterjemah teks atau membacanya dengan lantang. Kecerdasan visual juga boleh mengenal pasti maklumat hubungan dalam teks seperti nombor telefon dan alamat e-mel, tapak web dan mengambil tindakan bergantung pada jenis teks.
Klik dan tahan Kawalan Kamera (pada model disokong), atau gunakan pilihan alternatif.
Halakan kamera iPhone anda pada teks di hadapan anda.
Klik Kawalan Kamera lagi atau ketik bulatan di bahagian bawah skrin untuk menganalisis teks.
Bergantung pada teks, lakukan mana-mana yang berikut:
Baca ringkasan pendek teks: Ketik Ringkaskan di bahagian bawah skrin.
Terjemah teks: Ketik Terjemahkan di bahagian bawah skrin.
Dengar teks yang dibaca lantang: Ketik Baca Lantang di bahagian bawah skrin.
Buat panggilan nombor telefon, mulakan e-mel, cipta peristiwa kalendar atau pergi ke tapak web: Ketik nombor telefon, alamat e-mel, tarikh atau tapak web di bahagian bawah skrin. Ketik
untuk melihat semua pilihan tersedia.
Ketik
untuk menutup hasil teks, kemudian leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.
Cipta peristiwa kalendar daripada butiran pada poster atau risalah
Anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk mencipta peristiwa dalam app Kalendar apabila anda melihat acara pada poster atau risalah.
Klik dan tahan Kawalan Kamera (pada model disokong), atau gunakan pilihan alternatif.
Halakan kamera iPhone anda pada poster atau risalah yang mengandungi tarikh pada masa depan, kemudian ketik Tambah ke Kalendar.
Ketik Cipta Peristiwa.
Ketik Edit untuk mengubah suai butiran peristiwa, kemudian ketik
.Peristiwa ditambah pada app Kalendar anda secara automatik.
Ketik
kemudian leret atas daripada bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.
Cari imej yang serupa secara visual
Anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk mencari item yang serupa dengan yang berada di sekeliling anda.
Klik dan tahan Kawalan Kamera (pada model disokong), atau gunakan pilihan alternatif.
Halakan kamera iPhone anda pada objek di hadapan anda.
Ketik
untuk mencari imej yang serupa.Ketik
untuk menutup hasil carian, kemudian leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.
Nota: Tertakluk pada syarat penggunaan dan dasar privasi data penyedia carian anda.
Pilihan alternatif untuk menggunakan Kawalan Kamera
Pada iPhone 17e, iPhone 16e, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, anda boleh memilih mana-mana pilihan berikut sebagai alternatif untuk menggunakan Kawalan Kamera bagi kecerdasan visual:
Butang Tindakan: Sesuaikan butang Tindakan di sebelah kiri iPhone anda untuk menggunakan kecerdasan visual. Lihat Sesuaikan butang Tindakan.
Skrin Kunci: Tambah kawalan kecerdasan visual di bahagian bawah Skrin Kunci anda untuk menggunakan kecerdasan visual. Lihat Edit Skrin Kunci anda atau cipta yang baharu.
Pusat Kawalan: Leret ke bawah dari penjuru kanan atas skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik
untuk menggunakan kecerdasan visual.
Jika anda mengaktifkan sambungan ChatGPT, anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk bertanya ChatGPT untuk maklumat tentang perkara di sekeliling anda. Untuk mengaktifkan sambungan dan mengetahui tentang ketersediaan, lihat Gunakan ChatGPT dengan Apple Intelligence.